
Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara

Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan

Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)

Ahli membeli atau membina atas sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / ’studio apartment’ / ‘service apartment’ / ‘townhouse’/ SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman

Ahli mengambil pinjaman perumahan daripada institusi yang dibenarkan bagi tujuan membeli atau membina rumah dengan mana-mana institusi pemberi pinjaman seperti berikut :-
- Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
- Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
- Majikan ahli
- Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia)
- Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
- Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP; ATAU
-Secara tunai

Surat perjanjian Jual Beli adalah tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP

Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau melupuskan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua

Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP

Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan)

Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja

Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada

Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli

Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf

Membeli rumah ketiga

Membeli rumah di luar negara