Categories
Loan & Financing
Bantuan Kerajaan untuk Pembelian Perumahan
Tahukah anda kerajaan ada menawarkan banyak bantuan kepada pembeli rumah pertama macam anda?
Tahukah anda banyak pembeli rumah pertama macam anda tak tahu pun kewujudan bantuan-bantuan ini?
Kalau tahu pun, mereka tak tahu macam mana nak mohon.
Dalam artikel ini, kami akan senaraikan semua bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan pusat untuk pembeli rumah pertama macam anda.
1️⃣ BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat)
Fungsi: Menawarkan pembiayaan perumahan sehingga RM300,000 dengan margin pembiayaan sehingga 100% (termasuk insurans rumah) dan tempoh pembiayaan sehingga 35 tahun.
Siapa yang boleh memohon?
Warganegara Malaysia
Berumur antara 18 – 60 tahun
Pemohon Individu / Bersama
Mempunyai bukti bekerja sendiri
Mempunyai pendapatan minima RM1,000 sebulan
Pembiayaan rumah pertama dan untuk didiami sendiri sahaja
Bagi pembiayaan hartanah kos rendah atau sederhana sahaja
Cara mohon: Mengisi borang permohonan di cawangan Bank Simpanan Nasional.
2️⃣BSN MyHome (Skim Perumahan Belia)
Menawarkan pembiayaan hartanah yang sudah siap atau sedang dalam pembinaan (undercon) dari pemaju dan hartanah siap (subsale).
Pengecualian duti setem sehingga RM300,000 yang pertama ke atas pembelian rumah pertama bernilai sehingga RM500,000. Tempoh pengecualian adalah selama 2 tahun sehingga Disember 2020.
Kerajaan juga akan memberi bantuan ansuran bulanan sebanyak RM200 sebulan yang akan dikreditkan ke dalam akaun pembiayaan pelanggan untuk tempoh 2 tahun, dari tarikh pengeluaran pertama kepada pemaju / penjual.
Siapa yang boleh memohon?
Warganegara Malaysia berumur 21 hingga 45 tahun
Bujang atau telah berkahwin dengan pendapatan isi rumah tidak melebihi RM10,000 sebulan
Pemilikan Hartanah Pertama sahaja
Permohonan secara perseorangan atau bersama
Pemegang Akaun BSN GIRO / GIRO-i
Mempunyai bukti pembelian / pemilikan hartanah
Cara mohon: Mengisi borang permohonan di cawangan Bank Simpanan Nasional.
3️⃣Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia
Fungsi: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan penubuhan Dana Rumah Mampu Milik (Dana) berjumlah RM1 bilion untuk membantu pembeli rumah daripada kumpulan berpendapatan rendah di seluruh negara bagi membiayai pembelian rumah pertama mereka. Dana ini akan tersedia selama dua tahun mulai 2 Januari 2019 atau sehingga dana RM1 bilion itu habis digunakan.
Siapa yang boleh memohon?
Warganegara Malaysia dengan pendapatan maksimum bulanan isi rumah sebanyak RM4,360
Pekerja makan gaji atau bekerja sendiri
Harga maksimum harta tanah RM300,000
Peminjam tiada rekod pembiayaan terjejas untuk tempoh 12 bulan yang lalu
Peminjam tunggal atau peminjam bersama boleh memohon. Bagi peminjam bersama, semua peminjam mesti warganegara Malaysia (peminjam yang berstatus penduduk tetap tidak layak memohon)
Cara mohon: Menghubungi institusi kewangan yang mengambil bahagian untuk mendapatkan maklumat lanjut:
AmBank (M) Berhad (AmBank) 03-2178 8888
Bank Simpanan Nasional (BSN) 1-300 88 1900
CIMB Bank Berhad (CIMB) 03-6204 7788
Malayan Banking Berhad (Maybank) 1-300 88 6688
RHB Bank Berhad (RHB) 03-9206 8118 (Semenanjung Malaysia); 082-276118 (Sabah dan Sarawak)
4️⃣ Skim Rumah Pertamaku
Fungsi: Pertama kali diumumkan dalam Belanjawan 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu pembeli rumah pertama. Skim ini membolehkan pembeli rumah pertama untuk mendapatkan pembiayaan sehingga 110% daripada bank-bank yang terlibat bagi membolehkan mereka untuk memiliki rumah tanpa perlu membayar deposit.
Siapa yang boleh memohon?
Warganegara Malaysia sahaja
Pembeli rumah pertama
Pekerja bergaji atau individu yang bekerja sendiri
Pemohon individu atau bersama
Pendapatan kasar bulanan isi rumah:
Tidak lebih daripada RM5,000 – bagi pemohon individu/bersama
Lebih daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 – bagi pemohon bersama (tertakluk kepada pendapatan kasar bulanan isi rumah setiap pemohon tidak lebih daripada RM5,000)
Tiada rekod pembiayaan yang terjejas dalam tempoh 12 bulan lepas
Mahu membeli rumah baru atau sekunder (subsale) yang terletak dalam Malaysia
Nilai maksimum rumah RM500,000
Pembeli mestilah menghuni kediaman yang nak dibeli
Cara mohon: Pemohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank-bank yang terlibat. Senarai bank-bank yang terlibat adalah:
Affin Bank, Affin Islamic
Alliance Bank, Alliance Islamic Bank
Ambank, Ambank Islamic
Bank Islam
Bank Muamalat
Bank of China
CIMB Bank, CIMB Islamic
Hong Leong Bank, Hong Leong Islamic Bank
Maybank, Maybank Islamic
MBSB Bank
OCBC Bank, OCBC Al-Amin
Public Bank, Public Islamik Bank
RHB Bank
Standard Chartered, Standard Chartered Saadiq
UOB Bank
5️⃣ Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome) KPKT
Fungsi: Diumumkan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat pada 25 Oktober 2013.
Skim ini merupakan salah satu langkah Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menggalakkan sektor swasta membina lebih banyak rumah mampu milik. Skim MyHome menawarkan insentif sehingga RM30,000 seunit (berbentuk diskaun) yang memberi faedah kepada pembeli-pembeli rumah dan pemaju-pemaju swasta.
6️⃣Program Perumahan Rakyat (PPR) Dimiliki KPKT
Fungsi: Satu program Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40).
PPR Dimiliki dibuat dengan tujuan untuk membolehkan golongan yang berpendapatan rendah berpeluang untuk memiliki rumah sendiri. Rumah-rumah PPR Dimiliki dijual pada harga RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
Ciri-ciri PPR:
Kawasan bandar-bandar besar: Jenis rumah bertingkat antara 5 hingga 18 tingkat
Kawasan pinggir bandar: Jenis rumah teres
Keluasan: Tidak kurang daripada 700 kaki persegi
Binaan – 3 Bilik Tidur, 1 Ruang Tamu, 1 Ruang Dapur, 2 Bilik Air
Kemudahan Asas:
Dewan Komuniti/Ruang Orang Ramai
Surau/Ruang Solat
Gerai Makan/Ruang Niaga
Tadika
Kemudahan OKU
Taman Permainan/Kawasan Lapang
Rumah Sampah
Siapa yang boleh memohon?
Warganegara Malaysia
Berumur 18 tahun ke atas
Pendapatan isi rumah di bawah RM 3,000.00 sebulan
Pemohon belum memiliki rumah
Mengikut syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri
7️⃣Skim Perumahan Penjawat Awam (PPAM) KPKT
Fungsi: Skim rumah mampu milik untuk penjawat awam. Dilancarkan pada awal tahun 2013, skim ini membolehkan penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana membeli rumah khususnya di bandar-bandar utama.
Jenis rumah yang ditawarkan oleh PPAM ialah apartment, teres, berkembar, rumah bandar dan banglo.
Siapa yang boleh memohon?
Warganegara Malaysia
Semua Penjawat awam yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Persekutuan dan Badan Berkanun Negeri.
Penjawat awam yang berpencen dan kontrak
Moratorium 10 tahun
Boleh memohon lebih daripada satu projek
8️⃣ Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)
Fungsi: Menjamin kemudahan kewangan yang akan diberikan oleh bank-bank untuk golongan tidak berpendapatan tetap, seperti petani dan peniaga kecil, dalam mendapatkan kemudahan kewangan bagi membeli rumah.
Siapa yang boleh memohon?
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas
Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM300.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.
Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.
Pembelian rumah kediaman baru / dalam pembinaan (undercon) atau sedia ada (subsale) atau lelongan.
Pendapatan purata kasar minima RM1,000 sebulan.
Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.
Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.
Rekod tunggakan CCRIS < 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.
Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.
Cara mohon:
Secara umumnya, proses permohonan pembiayaan perumahan di bawah skim ini adalah seperti berikut:
Mengenalpasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.
Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih). Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.
Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, Lesen Perniagaan, Kad Pendaftaran Nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.
Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan bank yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.
Senarai bank yang menyertai Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP):
Affin Bank, Affin Islamic
Alliance Bank, Alliance Islamic Bank
Ambank, Ambank Islamic
AgroBank
Bank Islam
Bank Muamalat
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Bank Rakyat
Hong Leong Bank, Hong Leong Islamic Bank
Maybank, Maybank Islamic